Pemandu bas ekspres itu nampak marah apabila melihatkan betapa banyaknya barang seorang wanita tua dalam
luggage compartment bas yang akan dipandunya dari Cordoba ke
Madrid. "Una persona?" Only one person? Itulah yang ditanyanya.
"Una persona?"
kali ini suaranya meninggi. Tiba-tiba wanita tua berskaf putih, tuan
punya barang-barang mula menjerit-jerit marah, memprotes usaha pihak
pengurusan stesen bas mengeluarkan barang-barangnya yang memenuhi
luggage compartment bas tersebut, menghalang penumpang-penumpang lain meletakkan barang-barang mereka.
Suaminya masuk campur, juga beberapa lelaki muda yang saya jangka
merupakan pembantu mereka. Riuh-rendah bertekak, menjerit-jerit dalam
Spanish, kami bertujuh terpinga-pinga tidak faham. Suasana sejuk dan
gelap malam menambahkan keresahan saya. Setelah berjaga sehingga jam 2
pagi untuk menunggu bas yang satu ini, mata terasa seakan-akan tidak
boleh dibuka lagi.
Perbalahan berakhir apabila wanita tua
berskaf putih menyerahkan semula tiket basnya kepada pihak pengurusan
tanda protes. Ku kira, dia mahu berniaga tetapi telah menyalahgunakan
perkhidmatan bas ekspres itu. Kasihan pun ada. Sudah tua, tetapi
terpaksa berniaga untuk menyara hidup sehari-hari...
Kami
tiba di Madrid kira-kira jam 5 pagi. Sejuknya bukan kepalang. Sali dan
Ely keluarkan sleeping bag untuk menghalang kesejukan yang menggigit.
Aku membaca novel sementara menunggu Subuh masuk. Akhirnya jam
menunjukkan 6.15 pagi. Aku mencari tempat solat di suatu sudut di
stesen bas tersebut, rujuk kompas untuk menentukan arah kiblat,
betangkan kot untuk dijadikan sejadah lantas memulakan ibadah pagiku.
Selesai solat, barulah ku sedar bahawa terdapat ramai 'peminat' yang
sedang menonton setiap pergerakanku semasa solat tadi. Terasa agak
concious, tapi tak mengapalah. Ibadah pada Tuhan tak mungkin bisa dilupakan.
Jam 9 pagi kami mendaftar di
Hostal Metropol.
Kami diberi sebuah bilik hostel yang memuatkan enam penghuni beserta
sarapan pagi. Sementara menanti bilik kami disediakan Sali dan Shu
keluar untuk membeli tiket bas ke Barcelona dan Toledo, sementara aku,
Siha, Afzan, Ely dan Mahirah menanti di ruang awam yang selesa dan
hangat itu. Ely terus tertidur kepenatan. Kami yang lain berehat-rehat.
Mengembara memang meletihkan.
Seusai mengangkat barang-barang
kami ke dalam bilik asrama, destinasi pertama kami adalah pasar Ahad
yang letaknya tidak berapa jauh dari hostel.
"Ridiculously cheap".
Perkataan paling tepat menggambarkan betapa murahnya barang-barang di
sana. Terkenang seorang wanita yang berniaga baju sejuk bersama-sama
suaminya. Sangat peramah, sifat yang jarang dijumpai di kalangan
orang-orang Spanish yang kebanyakannya tidak berapa peramah terutamanya
dengan orang asing, apatah lagi orang asing yang menutup kepala mereka!
Yang lucunya kami terpaksa berbual-bual dengan pasangan tersebut menggunakan bahasa isyarat dan Spanish
'broken'. Bagaikan itik berbiacara dengan ayam.
Aku dan Ely pilih dua helai sweater. Ely tanya
"Quanto?" Berapa?
"Uno, sinco euro" jawab makcik itu. Satu, lima euro.
"Dos?" tanya Ely sambil tunjuk sembilan jari. Mahu tawar. Dua sweater untuk sembilan euro.
Dia geleng lantas berbicara panjang dalam Spanish. Kami terpinga-pinga.
"No comprehendo" kata Sali. Tak faham.
Dia dan suaminya tertawa. Tunjuk tujuh jari, lantas tunjuk sweater.
Kemudian rendah-rendahkan tangannya, dan tunjuk lima jari.
"Sinco euro"
"...Oh...." serentak kami bersuara lantas tertawa. Rupa-rupanya dia
cakap, harga asal sweater itu tujuh euro, kemudian diturunkan jadi
lima. Sebab itulah mereka tak boleh tawarkan lagi.
Sememangnya masalah terbesar kami di Spain merupakan masalah bahasa.
Hanya segelintir masyarakat di sana pandai berbahasa Inggeris.
Kebanyakan pengurus hostel dan hotel pandai berbahasa Inggeris,
memudahkan tugas saya sebagai pengurus tempat penginapan. Tetapi bagi
Sali terutamanya, yang menguruskan pengangkutan, masalah tersebut
sangat ketara kerana jarang terdapat pegawai di stesen-stesen bas yang
pandai atau faham Bahasa Inggeris.
Pelbagai cara digunakan
untuk mengatasi masalah ini. Tulis atas kertas, bahasa isyarat. Dan,
sudah pastilah kami terpaksa merujuk buku kecil English-Spanish dengan
kerapnya!
Jika bertanyakan arah kepada mana-mana Spaniards, bukannya kata-kata
yang keluar dari mulut orang itu yang penting, tetapi pergerakan
tangannya yang menunjukkan arah lebih kami fahami!
Kami hanya
punya hari itu sahaja untuk bersiar-siar di Madrid kerana esoknya kami
akan bertolak ke Toledo yang letaknya kira-kira sejam perjalanan dari
situ. Destinasi terpenting di Madrid sudah pastilah stadium milik
pasukan bola sepak terkenal,
Real Madrid. Oh ya, Real bererti 'Royal' dalam Spanish. Real Madrid bererti
"Royal Madrid". 
Atas: Shu dan Mahirah dalam kedai cenderamata
Bawah: Kami di luar stadium Real madrid..gembira ada sale :)
Antara kami tiada seorang pun peminat bola sepak, maka menziarahi
bahagian dalam stadium tersebut yang memerlukan kami membayar 10 euro
bukanlah merupakan agenda utama. Sekadar melawat kedai cenderamata yang
terletak di luar stadium. Tetapi kedai tersebut punya tingkap yang
menunjukkan bahagian dalam stadium. Itu pun jadi lah....
Bahagian dalam stadium seperti yang dilihat dari kedai cenderamata
Aku sempat membeli sehelai
jersey bolasepak
berwarna biru untuk abang, kerana kebetulan pada waktu itu adanya
jualan besar-besaran untuk pakaian orang dewasa di situ. Oh, satu
perkara yang aku perhatikan di kedai cenderamata itu, kaum Adam lebih
semangat membeli-belah manakala isteri/teman wanita/ahli keluarga
perempuan yang menemani mereka kelihatan bosan. Selalunya keadaan
sebaliknya yang berlaku di kedai-kedai lain! :)
Real Palas di waktu malam..
Malam itu kami bersiar-siar melawat
Real Palas, atau
istana diraja Madrid. Selain itu kami juga melawat beberapa monumen
bersejarah lainnya. Pada pendapatku Madrid tidak begitu menarik jika
dibandingkan dengan Granada ataupun Cordoba, kecualilah anda merupakan
seorang peminat
'hard-core' pasukan bolasepak Real Madrid!