"Cinta",
perkataan pertama mengalukan kedatangan kami ke Spain. Di lapangan
terbang Girona, Granada. SubhanalLah...teriknya mentari, berlainan
dengan cuaca Dublin yang suram sepanjang masa. Namun sejuk musim dingin
tetap menggigit.
Oh ya, cinta. Dalam bahasa Sepanyol
maksudnya tidaklah seromantik mana. Cinta=Belt. "Aish...orang Melayu
dah salah pilih perkataan untuk love laa" seorang rakan berjenaka. Ely
menyentak tanganku. Giliranku untuk diperiksa imegresen.
Pegawai imegresen berwajah serius itu merenungku lama, bagi memastikan
aku benar-benar pemilik pasport yang sedang dipegang beliau. Terasa
agak resah diperlakukan sedemikian. Namun tidak sampai beberapa minit
pegawai tersebut menyerahkan semula buku kecil berkulit merah garang
itu kepadaku. Aku telah diiktiraf sebagai pelawat yang sah di negara
Spain! Atau
Sepanyol, sebutan mengikut bahasa ibunda rakyat Malaysia. Di negara itu sendiri Spain disebut
Espana, dan dalam Bahasa Al-Quran, meskipun tidak meliputi keseluruhan jajahan Spain namanya disebut sebagai
Al-Andalus....
Land of The Vandals. Nama yang diberi tatkala Islam berkuasa di bumi bertuah tersebut, di bawah pimpinan panglima Tariq Ibnu Ziyad.
Ada girang bercampur sayu tatkala kaki memijak tanahair yang sekian
lama dijajah oleh tangan-tangan Kristian di bawah pimpinan King
Ferdinand dan Queen Isabelle. Kembaraku ke Spain bermula sejak
tahun lepas lagi, apabila rakan serumahku sibuk mendesakku agar turut
serta dalam projek untuk ke negara yang kian mendapat perhatian
pelajar-pelajar Malaysia sekitar UK dan Ireland untuk pergi melancong.
Bermula dengan tiga ahli kumpulan, menjadi lapan orang, dan di
saat-saat akhir salah seorang daripada kami menarik diri. Maka
tinggallah kami bertujuh menyambung impian yang belum kesampaian. Aku
(Huda), Salilah (Sali), Shuhada (Shu), Wan Aliaa (Ely), Mahirah
('Orang' <--kerana dia suka bahasakan diri sebagai 'orang' hehe),
Afzan (ermm..afzan laa) dan Nasihah (Siha). Sebelum ke sana lagi Sali,
merangkap ketua kumpulan, telah membahagi-bahagikan tugas kepada setiap
orang. Cari tempat-tempat menarik serta peristiwa bersejarah yang
penting di sana. Tugasanku...di
Granada, destinasi pertama kami.
Granada Atau
Qarnathah,
sepertimana ia dikenali semasa zaman khulafa' dahulu. Bandar bersejarah
yang pesat membangun. Tarikan utama Granada adalah istana
Alhambra,
letaknya di bahagian utara bandar tersebut, meliputi kawasan yang cukup
luas. Untuk ke sana sahaja kami terpaksa mendaki berpuluh-puluh anak
tangga! Termengah-mengah tatkala tiba di gerbang Alhambra, mujur waktu
masuk (Jam 10 pagi) tidak terlepas.
Alhambra...ertinya "Yang
kemerahan". Diberi nama sedemikian kerana warnanya yang seakan-akan
kemerahan tatkala matahari terbit dan terbenam. Di dalamnya terdapat
binaan-binaan istana purba, dibinan tatkala zaman pemerintahan khulafa,
juga tika Qarnathah telah jatuh ke tangan musuh. Kami bertujuh bergegas
ke Nasrid Palace, istana yang dibina sultan-sultan dari Bani Nasrid,
juga merupakan istana termasyhur dalam kawasan Alhambra ini.
Tatkala kaki melangkah masuk aku kagum...di dinding, tiang malah atap
istana tersebut terukir halus, cantik dan menawan. Kebanyakan
daripadanya tulisan khat yang memaparkan ayat-ayat suci al-Quran. Aku
tunduk memeriksa satu ukiran...lantas ku dapati padanya tertulis kalimah
Tiada yang lebih kuat melainkan kekuatan daripada ALLAH semata.
Lantas aku terbayang artikel mengenai Alhambra yang ku dapati dari satu
laman web. Perkataan tersebut diukir oleh seorang sultan Qarnathah
selepas ke'jaya'an beliau membantu pasukan Raja Ferdinand dan Ratu
Isabelle menumpaskan Seville, atau Ashfilla sepertimana ia dikenali
pada masa itu. Menurut sejarah, Qarnathah merupakan bandar terakhir
yang ditawan selepas satu persatu negeri-negeri di Andalusia tumpas ke
tangan kuffar laknatulLah. Ini kerana sultannya pada masa itu telah
mengikat perjanjian dengan Raja dan Ratu Kristian terbabit, seandainya
mereka membiarkan Qarnathah sendirian, baginda akan membantu mereka
menawan negeri-negeri Islam yang lainnya.
Lantas apabila
diseru supaya membantu mereka menewaskan Ashfilla, baginda akur...untuk
memusnahkan saudara-saudara seIslamnya sendiri. Ya, baginda
terdesak...lantas penyesalan yang tiada kesudahan membuatkan baginda
mengukir perkataan "Laa 'alaa illalLah" di setiap sudut istana indah
Alhambra. Ukiran indah penuh penyesalan.
Namun Qarnathah
tetap jatuh...kerana benarlah janji ALLAH, barangsiapa yang berwala'kan
Yahudi atau Nasrani maka mereka sekali-kali tidak akan
selamat.....jatuh pada zaman Boabdil, khalifah yang terakhir memerintah
Andalus, juga khalifah yang pertama menyerahkan kunci Alhambra
sekaligus rakyat jelata baginda kepada kuffar laknatulLah untuk
dicincang maruah dan harga diri mereka.
"Do not cry like a woman for a country you failed to defend like a man..."
pedas menggigit ayat daripada bonda Sultan, melahirkan penyesalan
terhadap kedayusan sang anak mempertahankan satu-satunya tanah air umat
Islam di benua Eropah pada ketika itu.
Dari puncak tertinggi
benteng istana tersebut kami merenung sayu...ke arah tanah air yang
telah terjajah dek kerana keegoan sultan-sultan dan perpecahan yang
sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Alhambra yang dekat secara
fizikalnya, namun jauh dari capaian hati-hati kami....
Kecantikan Granada sememangnya cukup terkenal, seperti mana yang digambarkan oleh kata-kata ini:
« Dale limosna, mujer que no hay en la vida nada como la pena de ser ciego en Granada » "Give him some money, woman because there is nothing like the pity of being blind in Granada" — Francisco de Icaza
Posted at 01:27 am by al-huda