Image hosting by Photobucket


Kronologi kembara kami ke Andalus, tanah air umat Islam yang terjajah...

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Feb 22, 2006
Madrid

Pemandu bas ekspres itu nampak marah apabila melihatkan betapa banyaknya barang seorang wanita tua dalam luggage compartment bas yang akan dipandunya dari Cordoba ke Madrid.

"Una persona?" Only one person? Itulah yang ditanyanya. "Una persona?" kali ini suaranya meninggi. Tiba-tiba wanita tua berskaf putih, tuan punya barang-barang mula menjerit-jerit marah, memprotes usaha pihak pengurusan stesen bas mengeluarkan barang-barangnya yang memenuhi luggage compartment bas tersebut, menghalang penumpang-penumpang lain meletakkan barang-barang mereka.

Suaminya masuk campur, juga beberapa lelaki muda yang saya jangka merupakan pembantu mereka. Riuh-rendah bertekak, menjerit-jerit dalam Spanish, kami bertujuh terpinga-pinga tidak faham. Suasana sejuk dan gelap malam menambahkan keresahan saya. Setelah berjaga sehingga jam 2 pagi untuk menunggu bas yang satu ini, mata terasa seakan-akan tidak boleh dibuka lagi.

Perbalahan berakhir apabila wanita tua berskaf putih menyerahkan semula tiket basnya kepada pihak pengurusan tanda protes. Ku kira, dia mahu berniaga tetapi telah menyalahgunakan perkhidmatan bas ekspres itu. Kasihan pun ada. Sudah tua, tetapi terpaksa berniaga untuk menyara hidup sehari-hari...

Kami tiba di Madrid kira-kira jam 5 pagi. Sejuknya bukan kepalang. Sali dan Ely keluarkan sleeping bag untuk menghalang kesejukan yang menggigit. Aku membaca novel sementara menunggu Subuh masuk. Akhirnya jam menunjukkan 6.15 pagi. Aku mencari tempat solat di suatu sudut di stesen bas tersebut, rujuk kompas untuk menentukan arah kiblat, betangkan kot untuk dijadikan sejadah lantas memulakan ibadah pagiku. Selesai solat, barulah ku sedar bahawa terdapat ramai 'peminat' yang sedang menonton setiap pergerakanku semasa solat tadi. Terasa agak concious, tapi tak mengapalah. Ibadah pada Tuhan tak mungkin bisa dilupakan.

Jam 9 pagi kami mendaftar di Hostal Metropol. Kami diberi sebuah bilik hostel yang memuatkan enam penghuni beserta sarapan pagi. Sementara menanti bilik kami disediakan Sali dan Shu keluar untuk membeli tiket bas ke Barcelona dan Toledo, sementara aku, Siha, Afzan, Ely dan Mahirah menanti di ruang awam yang selesa dan hangat itu. Ely terus tertidur kepenatan. Kami yang lain berehat-rehat. Mengembara memang meletihkan.

Seusai mengangkat barang-barang kami ke dalam bilik asrama, destinasi pertama kami adalah pasar Ahad yang letaknya tidak berapa jauh dari hostel. "Ridiculously cheap". Perkataan paling tepat menggambarkan betapa murahnya barang-barang di sana. Terkenang seorang wanita yang berniaga baju sejuk bersama-sama suaminya. Sangat peramah, sifat yang jarang dijumpai di kalangan orang-orang Spanish yang kebanyakannya tidak berapa peramah terutamanya dengan orang asing, apatah lagi orang asing yang menutup kepala mereka!

Yang lucunya kami terpaksa berbual-bual dengan pasangan tersebut menggunakan bahasa isyarat dan Spanish 'broken'. Bagaikan itik berbiacara dengan ayam.

Aku dan Ely pilih dua helai sweater. Ely tanya "Quanto?" Berapa?
"Uno, sinco euro" jawab makcik itu. Satu, lima euro.
"Dos?" tanya Ely sambil tunjuk sembilan jari. Mahu tawar. Dua sweater untuk sembilan euro.

Dia geleng lantas berbicara panjang dalam Spanish. Kami terpinga-pinga.

"No comprehendo" kata Sali. Tak faham.

Dia dan suaminya tertawa. Tunjuk tujuh jari, lantas tunjuk sweater. Kemudian rendah-rendahkan tangannya, dan tunjuk lima jari. "Sinco euro"

"...Oh...." serentak kami bersuara lantas tertawa. Rupa-rupanya dia cakap, harga asal sweater itu tujuh euro, kemudian diturunkan jadi lima. Sebab itulah mereka tak boleh tawarkan lagi.

Sememangnya masalah terbesar kami di Spain merupakan masalah bahasa. Hanya segelintir masyarakat di sana pandai berbahasa Inggeris. Kebanyakan pengurus hostel dan hotel pandai berbahasa Inggeris, memudahkan tugas saya sebagai pengurus tempat penginapan. Tetapi bagi Sali terutamanya, yang menguruskan pengangkutan, masalah tersebut sangat ketara kerana jarang terdapat pegawai di stesen-stesen bas yang pandai atau faham Bahasa Inggeris.

Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah ini. Tulis atas kertas, bahasa isyarat. Dan, sudah pastilah kami terpaksa merujuk buku kecil English-Spanish dengan kerapnya!Bold

Jika bertanyakan arah kepada mana-mana Spaniards, bukannya kata-kata yang keluar dari mulut orang itu yang penting, tetapi pergerakan tangannya yang menunjukkan arah lebih kami fahami!

Kami hanya punya hari itu sahaja untuk bersiar-siar di Madrid kerana esoknya kami akan bertolak ke Toledo yang letaknya kira-kira sejam perjalanan dari situ. Destinasi terpenting di Madrid sudah pastilah stadium milik pasukan bola sepak terkenal, Real Madrid. Oh ya, Real bererti 'Royal' dalam Spanish. Real Madrid bererti "Royal Madrid". Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Atas: Shu dan Mahirah dalam kedai cenderamata
Bawah: Kami di luar stadium Real madrid..gembira ada sale :)

Antara kami tiada seorang pun peminat bola sepak, maka menziarahi bahagian dalam stadium tersebut yang memerlukan kami membayar 10 euro bukanlah merupakan agenda utama. Sekadar melawat kedai cenderamata yang terletak di luar stadium. Tetapi kedai tersebut punya tingkap yang menunjukkan bahagian dalam stadium. Itu pun jadi lah....Image hosting by Photobucket

Bahagian dalam stadium seperti yang dilihat dari kedai cenderamata

Aku sempat membeli sehelai jersey bolasepak berwarna biru untuk abang, kerana kebetulan pada waktu itu adanya jualan besar-besaran untuk pakaian orang dewasa di situ. Oh, satu perkara yang aku perhatikan di kedai cenderamata itu, kaum Adam lebih semangat membeli-belah manakala isteri/teman wanita/ahli keluarga perempuan yang menemani mereka kelihatan bosan. Selalunya keadaan sebaliknya yang berlaku di kedai-kedai lain! :)

Image hosting by Photobucket

Real Palas di waktu malam..

Malam itu kami bersiar-siar melawat Real Palas, atau istana diraja Madrid. Selain itu kami juga melawat beberapa monumen bersejarah lainnya. Pada pendapatku Madrid tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan Granada ataupun Cordoba, kecualilah anda merupakan seorang peminat 'hard-core' pasukan bolasepak Real Madrid!



Posted at 02:12 am by al-huda
Comment (1)  

Feb 20, 2006
Hola Espana

Image hosting by Photobucket

"Cinta", perkataan pertama mengalukan kedatangan kami ke Spain. Di lapangan terbang Girona, Granada. SubhanalLah...teriknya mentari, berlainan dengan cuaca Dublin yang suram sepanjang masa. Namun sejuk musim dingin tetap menggigit.

Oh ya, cinta. Dalam bahasa Sepanyol maksudnya tidaklah seromantik mana. Cinta=Belt. "Aish...orang Melayu dah salah pilih perkataan untuk love laa" seorang rakan berjenaka. Ely menyentak tanganku. Giliranku untuk diperiksa imegresen.

Pegawai imegresen berwajah serius itu merenungku lama, bagi memastikan aku benar-benar pemilik pasport yang sedang dipegang beliau. Terasa agak resah diperlakukan sedemikian. Namun tidak sampai beberapa minit pegawai tersebut menyerahkan semula buku kecil berkulit merah garang itu kepadaku. Aku telah diiktiraf sebagai pelawat yang sah di negara Spain!

Atau Sepanyol, sebutan mengikut bahasa ibunda rakyat Malaysia. Di negara itu sendiri Spain disebut Espana, dan dalam Bahasa Al-Quran, meskipun tidak meliputi keseluruhan jajahan Spain namanya disebut sebagai Al-Andalus....Land of The Vandals. Nama yang diberi tatkala Islam berkuasa di bumi bertuah tersebut, di bawah pimpinan panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Ada girang bercampur sayu tatkala kaki memijak tanahair yang sekian lama dijajah oleh tangan-tangan Kristian di bawah pimpinan King Ferdinand dan Queen Isabelle.  Kembaraku ke Spain bermula sejak tahun lepas lagi, apabila rakan serumahku sibuk mendesakku agar turut serta dalam projek untuk ke negara yang kian mendapat perhatian pelajar-pelajar Malaysia sekitar UK dan Ireland untuk pergi melancong.

Bermula dengan tiga ahli kumpulan, menjadi lapan orang, dan di saat-saat akhir salah seorang daripada kami menarik diri. Maka tinggallah kami bertujuh menyambung impian yang belum kesampaian. Aku (Huda), Salilah (Sali), Shuhada (Shu), Wan Aliaa (Ely), Mahirah ('Orang' <--kerana dia suka bahasakan diri sebagai 'orang' hehe), Afzan (ermm..afzan laa) dan Nasihah (Siha). Sebelum ke sana lagi Sali, merangkap ketua kumpulan, telah membahagi-bahagikan tugas kepada setiap orang. Cari tempat-tempat menarik serta peristiwa bersejarah yang penting di sana. Tugasanku...di Granada, destinasi pertama kami.

Granada

Atau Qarnathah, sepertimana ia dikenali semasa zaman khulafa' dahulu. Bandar bersejarah yang pesat membangun. Tarikan utama Granada adalah istana Alhambra, letaknya di bahagian utara bandar tersebut, meliputi kawasan yang cukup luas. Untuk ke sana sahaja kami terpaksa mendaki berpuluh-puluh anak tangga! Termengah-mengah tatkala tiba di gerbang Alhambra, mujur waktu masuk (Jam 10 pagi) tidak terlepas.

Alhambra...ertinya "Yang kemerahan". Diberi nama sedemikian kerana warnanya yang seakan-akan kemerahan tatkala matahari terbit dan terbenam. Di dalamnya terdapat binaan-binaan istana purba, dibinan tatkala zaman pemerintahan khulafa, juga tika Qarnathah telah jatuh ke tangan musuh. Kami bertujuh bergegas ke Nasrid Palace, istana yang dibina sultan-sultan dari Bani Nasrid, juga merupakan istana termasyhur dalam kawasan Alhambra ini.
Image hosting by Photobucket


Tatkala kaki melangkah masuk aku kagum...di dinding, tiang malah atap istana tersebut terukir halus, cantik dan menawan. Kebanyakan daripadanya tulisan khat yang memaparkan ayat-ayat suci al-Quran. Aku tunduk memeriksa satu ukiran...lantas ku dapati padanya tertulis kalimah

Image hosting by Photobucket
Tiada yang lebih kuat melainkan kekuatan daripada ALLAH semata.

Lantas aku terbayang artikel mengenai Alhambra yang ku dapati dari satu laman web. Perkataan tersebut diukir oleh seorang sultan Qarnathah selepas ke'jaya'an beliau membantu pasukan Raja Ferdinand dan Ratu Isabelle menumpaskan Seville, atau Ashfilla sepertimana ia dikenali pada masa itu. Menurut sejarah, Qarnathah merupakan bandar terakhir yang ditawan selepas satu persatu negeri-negeri di Andalusia tumpas ke tangan kuffar laknatulLah. Ini kerana sultannya pada masa itu telah mengikat perjanjian dengan Raja dan Ratu Kristian terbabit, seandainya mereka membiarkan Qarnathah sendirian, baginda akan membantu mereka menawan negeri-negeri Islam yang lainnya.

Lantas apabila diseru supaya membantu mereka menewaskan Ashfilla, baginda akur...untuk memusnahkan saudara-saudara seIslamnya sendiri. Ya, baginda terdesak...lantas penyesalan yang tiada kesudahan membuatkan baginda mengukir perkataan "Laa 'alaa illalLah" di setiap sudut istana indah Alhambra. Ukiran indah penuh penyesalan.

Namun Qarnathah tetap jatuh...kerana benarlah janji ALLAH, barangsiapa yang berwala'kan Yahudi atau Nasrani maka mereka sekali-kali tidak akan selamat.....jatuh pada zaman Boabdil, khalifah yang terakhir memerintah Andalus, juga khalifah yang pertama menyerahkan kunci Alhambra sekaligus rakyat jelata baginda kepada kuffar laknatulLah untuk dicincang maruah dan harga diri mereka.

"Do not cry like a woman for a country you failed to defend like a man..." pedas menggigit ayat daripada bonda Sultan, melahirkan penyesalan terhadap kedayusan sang anak mempertahankan satu-satunya tanah air umat Islam di benua Eropah pada ketika itu.

Dari puncak tertinggi benteng istana tersebut kami merenung sayu...ke arah tanah air yang telah terjajah dek kerana keegoan sultan-sultan dan perpecahan yang sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Alhambra yang dekat secara fizikalnya, namun jauh dari capaian hati-hati kami....

Image hosting by Photobucket

Kecantikan Granada sememangnya cukup terkenal, seperti mana yang digambarkan oleh kata-kata ini:

« Dale limosna, mujer que no hay en la vida nada como la pena de ser ciego en Granada »
"Give him some money, woman because there is nothing like the pity of being blind in Granada" — Francisco de Icaza

Posted at 01:27 am by al-huda
Make a comment  

Feb 18, 2006
Sevilla y Cordoba

Image hosting by Photobucket
 Kami di Seville

Hari ketiga pengembaraan kami. Destinasi Seville, atau Sevilla dalam bahasa tempatan. Sevilla tidak mempunyai tempat bersejarah yang menarik, cuma sebuah monumen menara berkubahkan emas yang bersinar-sinar di kejauhan. Saat kami mula terasa bosan dan mengorak langkah ke arah stesen bas untuk mengambil bas ke Cordoba, tiba-tiba kelihatan sebuah bangunan besar berbentuk seakan istana, bertulis: Plaza De Toros....

Bullfight ring. Menurut pemerhatian aku, Plaza Del Toros di Seville tidaklah secantik Plaza Del Toros di Granada, tetapi ia cukup menarik, lebih menarik daripada Granada, kerana dibuka untuk para pengunjung!

Rombongan para pelawat dipimpin oleh seorang wanita yang menerangkan segala-galanya dalam Bahasa Sepanyol kemudian barulah dalam Bahasa Inggeris untuk accommodate kami yang tidak pandai berbahasa tempatan. Menurut beliau, sukan bullfight yang merupakan sukan rasmi negara Spain lahir daripada latihan tentera pada zaman dahulukala.

"As you can see" kata beliau dalam bahasa Inggeris berloghatkan Sepanyol sambil menunjukkan beberapa replika kepala manusia yang menyeramkan, "Those heads are suspended on a rope and the soldiers have to try to wound it while on a horseback. This is later substituted with a bull as a part of higher training regime. Later this inspired the sport we know now as bullfight"

Image hosting by Photobucket
                            
Plaza Del Toros itu punya segala-galanya. Bilik hospital untuk peserta yang tercedera, chapel untuk mereka bersembahyang, kandang lembu dan kuda, serta, sudah pastinya, sebuah arena besar, seakan-akan stadium bolasepak kecuali berbentuk bulat. Di sinilah para 'perwira' negara Spain ber'juang' menentang lembu-lembu jantan yang cukup ganas! Menurut petugas pelawat kami yang manis itu, kebanyakan 'matador' mati tika usia muda, dan kebanyakan mereka mati akibat dibunuh lembu jantan. Maka hidup mereka hanyalah untuk gelanggang luas itu, menghiburkan orang ramai dengan 'keberanian' mereka.

Sungguh, dunia ini penuh dengan orang-orang yang menakjubkan...

Kami tidak menginap di Seville, sebaliknya terus menaiki bas untuk ke Cordoba. Destinasi yang meninggalkan kesan cukup mendalam dalam diri kami sebagai umat Islam...

Cordoba
Kira-kira jam 9 malam kami tiba di bandar Cordoba. Terus check-in di Hotel Boston yang terletak di tengah-tengah bandar. Satu-satunya hotel tempat menginap kami sepanjang pengembaraan merentasi Spain.

Hari pertama di Cordoba kami bersiar-siar di bandar tersebut. Barang-barang di Spain sangat murah, maka kami mengambil kesempatan untuk membeli-belah untuk diri sendiri dan keluarga di Malaysia.

Image hosting by Photobucket
"Alamak macam mana ni Sali, Ely tak tahu nak pilih yang mana...."

"Adalah haram bagi umat Islam menziarahi Palestin tanpa menyimpan sekelumitpun azam untuk menawannya kembali daripada tangan orang kafir. Aplikasikan pada semua negeri yang pernah dijajah Islam dan kini terjajah semula oleh orang kafir. Termasuklah Spain"

Aku teringat kata-kata tersebut apabila kaki menjejak bumi Cordoba, letaknya di selatan Spain. Juga dikenali dengan nama asalnya alQurtubah, Cordoba menyimpan satu monumen pilu yang tersergam indah di tebing sebatang sungai yang merentasi bandarnya.

Letaknya kira-kira sepuluh minit berjalan kaki dari hotel kami. La Mezquita Cathedral. Nama rasminya sekarang adalah The Cathedral, namun sensitiviti masyarakat tempatan masih belum hilang, mereka masih menamakannya La Mezquita, "The Mosque". Dibina di zaman Abdul Rahman II, dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad lamanya, barulah La Mezquita siap seperti yang disaksikan sekarang.

Image hosting by Photobucket
La Mezquita

Dari luar apa yang kami saksikan adalah sebuah masjid purba yang tersergam indah, punya struktur dan senibina yang diinspirasikan oleh arkitek-arkitek Islam pada zaman itu. Namun di puncak minaretnya ada lambang-lambang Nasrani...menggantikan bulan sabit yang telah gerhana dan bintang lima bucu yang telah pudar kelipnya...di bumi Andalus ini.

Kerana ingin mengelak daripada membayar yuran kemasukan sebanyak lapan euro, kami tiba di sana sebelum jam 10 pagi. Masjid purba itu masih kelihatan indah walaupun dimamah usia. Berpuluh, mungkin beratus-ratus tiang bermotifkan pohon palma dicat warna tanah dan merah muda. Menunjukkan arah ke BaitulLah. Cantik sekali. Aku seakan-akan boleh melihat beratus-ratus ahli jemaah bersusun atur dalam barisan-barisan yang kukuh, menyembahkan dahi mereka ke bumi serentak tatkala bibir masing-masing berbicara mulus dengan Yang Maha Esa..."ALLAHU AKBAR"....
Image hosting by Photobucket

Mengenang semula saat-saat masjid indah ini masih digunakan untuk menyembah Yang Maha Esa


Namun mimpi indah itu hancur berderai, kerana semakin dalam kami memasuki La Mezquita semakin kelihatan berhala-berhala orang-orang Kristian mencemari tempat yang pernah menjadi rumah suci umat Islam suatu masa dahulu. Seakan serentak dengan itu, kedengaran bunyi organ mendayu-dayu bersama-sama suara garau paderi berbicara dalam bahasa tempatan. Di tengah-tengah masjid, ya,  betul-betul di tengahnya, ada sebuah chapel dibina beserta berpuluh-puluh patung berhala...di situlah sumber bunyi organ dan suara yang meremangkan bulu roma kami serta memecahkan ketenangan La Mezquita.

Di beberapa sudut terdapat barang-barang pameran, menunjukkan keadaan masjid pada zaman dahulu, ukiran-ukiran dan sebagainya. Di antara barang-barang terbabit terdapat dua pagar besi berwarna hitam memagari mimbar dan mihrab masjid terbabit. Sekeliling mimbar tersebut terukir dengan tulisan emas, nama-nama ALLAH yang indah. Asma' ul husna. Juga ayat-ayat suci al-Quran. Indah sekali.

Image hosting by Photobucket

Mimbar dan mihrab itu terasa begitu jauh dari capaian kami, kerana barisan umat Islam yang dahulunya tersusun kukuh kini telah hancur berderai. Kalaulah aku punya kuasa mahu sahaja segala patung berhala di situ ku hancurkan, tetapi mustahil itu semua akan terjadi seandainya berhala-berhala di hati manusia masih belum di musnahkan...

Posted at 02:02 am by al-huda
Make a comment